Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Mempolitik COVID-19 Halang Usaha Melawan Pandemik

2021-07-08 09:32:00 CRI

Masyarakat antarabangsa disarankan bersatu padu dan tolong menolong untuk mengharungi detik sukar pada masa ini, di samping menggalakkan kesaksamaan dan keadilan bagi mewujudkan pembangunan serta kemakmuran bersama.

Menurut perisytiharan bersama pemimpin pertubuhan persahabatan China dan negara-negara Arab yang dikeluarkan pada Isnin, tindakan perlu diambil untuk mendorong kemakmuran bersama China-Arab dan menghentikan cubaan mempolitikkan isu pandemik COVID-19.

Perisytiharan itu dikeluarkan dalam pertemuan anjuran bersama Persatuan Persahabatan Rakyat China Dengan Negara Luar (CPAFFC) dan Persekutuan Persatuan Persahabatan Arab China serta Persatuan Persahabatan China Arab.

Dalam pertemuan secara maya itu, Presiden Persatuan Persahabatan Arab China, Arken Imirbaki berkata, China dan negara-negara Arab memenuhi komitmen melalui tindakan praktikal dalam usaha melawan pandemik COVID-19 bagi pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab.

"China menentang tindakan mempolitik dan melabel COVID-19 serta mengamalkan dwistandard dalam isu mengesan asal usul virus itu.

"China juga komited mengembleng tenaga dengan pelbagai negara termasuk negara-negara Arab bagi menangani cabaran secara bersama," ujar Imirbaki lagi.

Sementara itu, Presdiden CPAFFC, Lin Songtian berpendapat bahawa pandemik COVID-19 merupakan cabaran global.

Justeru katanya, kerjasama dan perpaduan masyarakat antarabangsa diperlukan bagi memenangi peperangan melawan wabak ini.

Pada masa sama, tetamu dari negara Arab turut menghargai kesungguhan dan kejayaan China dalam usaha melawan wabak dengan mengutamakan kepentingan dan nyawa rakyat serta mengamalkan berpegang kepada sains.

Mereka juga bersependapat bahawa “virus politik” tidak dapat menangani masalah virus dari alam sambil menyifatkan tindakan mempolitikkan COVID-19 sebagai mencerminkan sikap hegemonisme, tidak sejajar dengan hasrat masyarakat dunia dan tidak bermanfaat.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin