Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Pameran Kesenian Antarabangsa Makau Mula Bulan Ini

2021-07-08 09:32:00 CRI

Pameran Kesenian Antarabangsa Makau 2021 yang dianjurkan secara dwitahunan dijadualkan berlangsung selama 4 bulan mulai pertengahan bulan ini.

Dengan tema utama “kreativiti membawa keindahan”, sebanyak 30 pameran kesenian akan diadakan di 25 lokasi seluruh Makau.

Antara pameran tersebut adalah termasuk pameran utama, pameran khas hotel resort, pameran bandar kreatif, pameran kesenian awam dan pameran karya artis tempatan.

Artis moden China merangkap Ketua Institut Kesenian Eksperimen Akademi Seni Pusat (CAFA), Profesor Qiu Zhijie bertanggungjawab dalam merancang reka bentuk pameran utama yang bertajuk “kemajuan dan kemerosotan globalisasi”.

Menurut beliau, pameran itu terdiri daripada tiga bahagian, iaitu “impian Mazu”, “pagar sesat Matteo Ricci” dan “kemajuan dan kemerosotan globalisasi”.

Difahamkan, pameran utama ini direka menggunakan enam karya seni yang terletak di pelbagai tempat seluruh Makau dengan objektif supaya pengunjung dapat mengamati hubungan antara globalisasi dengan individu, kehidupan dengan impian, jauh dengan dekat, serta perasaan selamat dengan perasaan bahagia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin