Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Ahli Politik Veteran Singapura Sanjung Tinggi Pembangunan China

2021-07-08 09:31:18 CRI

Beijing mengalu-alukan maklum balas positif yang dibuat ahli politik veteran Singapura akhir-akhir ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan Emeritus Singapura, Goh Chok Tong ketika berucap pada Forum Kedamaian Dunia (WPF) edisi ke-9 secara maya, memuji tekad dan komitmen China dalam menambah baik kesejahteraan masyarakat menerusi pertumbuhan ekonomi, bukan mengejar gelaran hegemoni di Asia atau pun melawan Amerika Syarikat.

Beliau turut menyifatkan pembangunan China sebagai positif kepada Asia malah seluruh dunia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat harian pada Selasa membalas dengan menyatakan bahawa dunia ketika ini memerlukan kolaborasi dan keterbukaan, bukan konfrontasi dan ketertutupan.

Zhao menegaskan, China akan terus menggembleng tenaga semua pihak demi kebaikan bersama, sekali gus menjunjung nilaiinsani berlandaskan kepada kedamaian, pembangunan, kesamarataan, demokrasi dan kebebasan.

Beliau juga mengulangi iltizam Beijing untuk terus menggerakkan pembentukan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, di samping menolak amalan hegemoni dan kuasa politik.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin