Bahasa Melayu

Xi Seru Perkasa Kerjasama China, Negara LAC

CRI2021-12-04 15:24:36
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping menyeru untuk memperkasa kerjasama antara China dengan negara-negara Amerika Latin dan Caribbean(LAC) pada Jumaat.

Ketika menyampaikan ucaptama kepada mesyuarat menteri-menteri ketiga Forum China-Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean(Forum China-CELAC ) melalui pautan video, Presiden Xi berkata, sejak Forum China-CELAC ditubuhkan pada tujuh tahun lalu, kedua-dua pihak berusaha membina forum ini sebagai platform bagi mewujudkan situasi sama menang dan mendorong hubungan antara China dan negara LAC menuju ke arah sama rata, saling menguntungkan, inovasi, terbuka dan bermanfaat kepada rakyat dengan berkongsi aspirasi meningkatkan perpaduan dan kerjasama serta menggalakkan Kerjasama Selatan-Selatan.

"Sejarah membuktikan bahawa pembangunan secara damai, sama rata, adil, kerjasama dan sama menang merupakan landasan yang betul bagi manusia. China dan negara LAC merupakan negara membangun dan rakan kerjasama yang sama rata dan perlu membangun bersama," kata Xi.

Xi menyeru agar kedua-dua pihak bersama-sama menggariskan hala tuju perkembangan hubungan China-LAC, menambah penggerak bagi kerjasama dan memberi sumbangan baharu kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak dan kemajuan manusia.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn