Bahasa Melayu

Cadangan Bijak Presiden Xi bagi Pembangunan Asia-Pasifik

CRI2021-11-13 16:15:00
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping berkata, Asia Pasifik menjadi rantau yang paling berdinamik dan berpotensi pembangunan paling tinggi di dunia. Asia Pasifik memberikan sumbangan yang besar bagi pertumbuhan ekonomi dunia dan kesejahteraan rakyat serantau.

Ketika menghadiri dan menyampaikan ucaptama penting dalam sidang kemuncak tidak rasmi ke-28 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang diadakan secara maya malam Jumaat lalu, Presiden Xi mengemukakan cadangan bagi pembangunan rantau Asia-Pasifik.

Presiden Xi menyarankan pelbagai negara berkenaan mendorong kerjasama untuk membendung pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi. Menurut beliau, memenangi dalam perjuangan menentang wabak dan memulihkan ekonomi dengan secepat mungkin merupakan tugas yang terpenting bagi pelbagai anggota APEC.

Selain itu, cadangan juga melibatkan membina ekonomi Asia Pasifik yang terbuka, mendorong peningkatan inovasi dan pembangunan ekonomi digital, dan mewujudkan pembangunan berterusan dan inklusif.

"Usaha diperlukan untuk mewujudkan hidup secara harmoni antara manusia dengan alam sekitar, bertindak dengan aktif menangani perubahan iklim, mewujudkan mesra alam dan rendah karbon agar membentuk komuniti berkognsi nasib sesama makhluk Bumi.

"China menyokong negara-negara membangun mengembangkan sumber tenaga mesra alam dan rendah karbon serta membina bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)," kata beliau.

Sidang kali ini bertema “mendorong pemulihan ekonomi pasca wabak, mewujudkan kemakmuran bersama rakyat Asia-Pasifik dan keturunan mereka”. Sidang kali ini turut meluluskan rancangan pelaksanaan “Visi Putrajaya APEC 2040” dan perisytiharan pemimpin APEC 2021.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn