Bahasa Melayu

Komunike Sidang Pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC

CRI2021-11-12 13:35:16
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Sidang pleno Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC) meluluskan resolusi penting berhubung pencapaian utama dan pengalaman sejarah yang diperoleh PKC dalam usaha selama 100 tahun pada Khamis lalu.

Menurut pengumuman yang dikeluarkan sidang pleno tersebut, resolusi itu telah dibahaskan dan diluluskan pada sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC yang berlangsung pada 8 hingga 11 November ini.

Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping membuat ucapan penting dan memberi penjelasan mengenai draf resolusi itu dalam sidang tersebut.

Sementara itu, para peserta telah mendengar dan membincangkan laporan kerja yang disampaikan Xi Jinping bagi pihak Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC.

Menurut sidang tersebut, sejak ditubuhkan pada tahun 1921, PKC telah menjadikan usaha membawa kesejahteraan hidup kepada rakyat dan mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa China sebagai aspirasi asal dan misinya.

"Dengan berpegang teguh kepada cita-cita komunis dan keyakinan sosialis, PKC menyatupadukan dan memimpin rakyat China untuk mencapai kemerdekaan negara, pembebasan rakyat dan seterusnya mewujudkan kemakmuran negara dan kekuatan bangsa.

"Usaha PKC dan rakyat China dalam tempoh sepanjang 100 tahun yang lalu merakamkan bab yang paling hebat dalam sejarah yang berusia beberapa ribu tahun negara ini.

"Selepas Kongres Kebangsaan ke-18 PKC diadakan, sosialisme bercirikan China memasuki era baharu. Tugas utama PKC pada masa ini adalah untuk mewujudkan Matlamat Seratus Tahun Pertama, dan memulakan perjalanan baharu untuk mencapai Matlamat Seratus Tahun Kedua, dan terus menuju ke arah merealisasikan matlamat kebangkitan nusa dan bangsa China.

"PKC memimpin rakyat China memperkukuh keyakinan diri, berdikari dan melakukan inovasi untuk mencapai kejayaan besar dalam usaha pembangunan sosialisme bercirikan China pada era baharu," menurut sidang tersebut.

Para peserta juga menyemak dan meluluskan resolusi untuk mengadakan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC di Beijing pada separuh tahun kedua 2022.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn