Bahasa Melayu

Kumpulan Baharu Vaksin COVID-19 Sumbangan China Tiba di Myanmar

CRI2021-12-23 13:20:41
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Kumpulan baharu vaksin COVID-19 yang disumbangkan kerajaan China tiba di lapangan terbang antarabangsa Yangon, Myanmar pada Rabu.

Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai menyatakan bahawa China dan Myanmar saling menyokong dan bergabung tenaga untuk mencapai kejayaan dalam usaha melawan pandemik COVID-19, menstabilkan pertumbuhan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat pada tahun ini.

Menteri Kesihatan Myanmar, Thet Khaing Win pula berkata, persahabatan Myanmar dan China bersejarah lama dan hubungan dua hala berkembang pesat.

"Kedua-dua negara ini menjalankan kerjasama dalam usaha kawalan dan pencegahan wabak di kawasan sempadan demi menjaga kesihatan rakyat kedua-dua negara. Persahabatan Myanmar dan China dipercayai akan melakar kemajuan lebih besar," kata beliau.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn