Bahasa Melayu

RMB Berlaku di Kawasan Sempadan Myanmar

CRI2021-12-15 11:12:23
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Bank Pusat Myanmar mengeluarkan satu pengumuman berdasarkan fasal ke-17 dan ke-22 dalam Undang-undang Pengurusan Pertukaran Wang Asing bahawa RMB dan Kyat boleh terus digunakan dalam transaksi perdagangan di kawasan sempadan Myanmar-China.

Menurut pengumuman tersebut, keputusan itu dibuat untuk mendorong perdagangan dua hala, memudahkan logistik kargo dan perdagangan serta pembayaran mata wang kedua-dua negara, yang kesemuanya dilihat menyumbang kepada usaha memperjuangkan matlamat integrasi kewangan ASEAN.

RMB ditambah sebagai mata wang pembayaran rasmi oleh Bank Pusat Myanmar pada Januari 2019. Pada Oktober tahun ini pula, RMB sudah boleh ditukar secara sah dalam wilayah negara itu.

Mulai 14, Disember 2021, peniaga dan individu di kawasan sempadan boleh membuka akaun RMB secara sah yang dilihat dapat membantu mengurangkan kerugian akibat perbezaan kadar pertukaran mata wang asing.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn