Bahasa Melayu

Latihan Tentera Bersama China-Vietnam Berakhir

CRI2021-12-13 12:05:21
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Pasukan China yang dikerah ke latihan bersama perkhidmatan perubatan dan logistik tentera "Penyelamatan Damai 2021" China-Vietnam dilaporkan sudah balik ke Guangxi semalam, menandakan berakhirnya misi selama tujuh hari tersebut.

Dalam latihan bersama itu, tentera kedua-dua negara telah menumpu kepada penyelamatan perubatan kemanusiaan, bersama-sama melaksanakan arahan dan penyelamatan serta mempraktikkan rawatan untuk orang cedera secara berkumpulan, dengan tujuannya memperhebat kemampuan terbabit.

Naib Pengarah merangkap Ketua Turus Jabatan Pentadbiran Am Logistik Tentera Rakyat Vietnam berkata, pihaknya telah menimba pengetahuan dari pihak China dan juga berpeluang mengenali peralatan perubatan dan logistik yang terbabit.

Sementara itu, Tentera Pembebasan Rakyat China menderma sejumlah pelitup muka, pakaian pelindung dan peralatan pengesan asid nukleik cepat kepada pihak Vietnam.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn