Bahasa Melayu

China Berdiri Teguh Bersama Rakyat Kemboja

CRI2021-12-10 14:14:04
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

China akan sentiasa berdiri teguh bersama-sama rakyat Kemboja, dan menyokong usaha negara itu dalam menjaga kedaulatan negara dan maruah bangsa, kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin pada Khamis.

Rabu lalu, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan baharu terhadap Kemboja atas alasan berlaku pencabulan hak asasi dan rasuah, serta peningkatan kehadiran tentera China di negara itu.

Sekatan tersebut antaranya membabitkan eksport dan eksport semula barangan sensitif serta embargo senjata terhadap kemboja.

Sehubungan itu, Wang berkata, AS selama ini tidak henti-henti memburuk-burukkan pertukaran dan kerjasama normal antara China dan Kemboja, malah terus-menerus memberi ugutan dan tekanan kepada Kemboja.

Amalan hegemoni dan pembulian seumpama bertentangan dengan norma asas hubungan antarabangsa, dan mengundang bantahan keras.

Wang menyatakan, China dan Kemboja adalah rakan strategik komprehensif, sahabat sejati dan komuniti berkongsi nasib.

"Ikatan muhibah tradisional antara dua negara kekal kukuh setelah melalui pelbagai ujian dan dugaan.

"Konspirasi AS untuk merenggangkan hubungan China dan Kemboja pasti akan berakhir dengan kegagalan," tegas beliau.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn