Bahasa Melayu

Projek Penambahbaikan Jalan Raya Kebangsaan Nombor 11 Kemboja Siap Dibina

CRI2021-12-07 11:56:31
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Projek penambahbaikan jalan raya kebangsaan nombor 11 Kemboja dengan bantuan China sudah siap dibina dan mula beroperasi pada Isnin.

Upacara perasmian turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Duta Besar China ke Kemboja, Wang Wentian.

Hun Sen ketika menyampaikan ucaptamanya menyifatkan jalan raya itu sebagai satu lagi pencapaian signifikan hasil daripada jalinan persahabatan antara kedua-dua negara.

Jelas Hun, ia bukan sahaja menyambungkan provinsi Boroveng dan Tebengmon yang menggalakkan pengangkutan, tetapi juga merangsang pembangunan ekonomi dan taraf hidup rakyat setempat.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan atas bantuan yang dihulurkan China, dan turut mengalu-alukan sokongan berterusan dalam infrastruktur dan inisiatif pembangunan dalam lebih banyak bidang.

Sementara itu, Wang Wentian pula berkata, sebagai sahabat rapat dan rakan pembangunan Kemboja, China telah membina lebih 3,000 kilometer jalan dan lapan jambatan persahabatan.

Selain itu, lebuh raya Phnom Penh-Pelabuhan Sihanoukville yang dijadualkan beroperasi beberapa bulan lagi, akan menjadi lebuh raya pertama bagi Kemboja.

Untuk rekod, jalan raya kebangsaan nombor 11 yang terletak di bahagian tengah negara terbabit, adalah laluan alternatif yang menyambungkan jalan raya utama nombor 1 dan 7, dengan panjang keseluruhnya sejauh 96.481 kilometer.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn