Bahasa Melayu

China, ASEAN Jalin Perkongsian Rakan Strategik Komprehensif

CRI2021-11-22 13:13:56
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri dan mempengerusikan Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Dialog China-ASEAN secara maya di Beijing pagi tadi.

Xi berkata, kita mengisytiharkan penjalinan perkongsian rakan strategik komprehensif pada hari ini, yang akan menjadi batu tanda baharu dalam sejarah hubungan bilateral, sekali gus menyuntik kedinamikan baharu kepada kedamaian, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau dan sedunia.

Katanya, China adalah jiran, sahabat dan rakan baik bagi ASEAN baik pada masa silam, mahpun pada masa sekarang dan depan. China sama sekali tidak berganjak daripada melaksanakan diplomasi yang mengutamakan ASEAN dan memberikan sokongan kukuh kepada ASEAN berhubung peningkatan perpaduan dalaman, pembangunan komuniti, kedudukan dalam kerangka serantau dan pernan dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Xi menambah, China menentang amalan hegemoni dan politik kuasa kuat, dan bersedia memperkukuh persahabatan dengan negara jiran serta memelihara kedamaian yang berkekalan.

Xi menyeru kedua-dua pihak agar mengendahkan harapan rakyat terhadap kehidupan bahagia, membentuk komuniti berkongsi nasib antara China dengan ASEAN yang lebih rapat, dan membangunkan rantau dan dunia yang lebih makmur.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn