Bahasa Melayu

China, ASEAN Lakar Cetak Biru Hubungan Masa Hadapan

CRI2021-11-19 17:11:08
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China Xi Jinping berserta pemimpin negara ASEAN akan bersama-sama melakar cetak biru hubungan kedua-dua pihak pada masa hadapan dalam sidang kemuncak memperingati 30 tahun hubungan dialog China-ASEAN, Isnin depan.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian hari ini berkata, ASEAN menjadi rakan kongsi utama China. Sejak hubungan dialog dijalin pada 1991, ikatan kedua-dua pihak menyaksikan perkembangan pesat, sehingga menjadi rakan dagang terbesar satu sama lain, rakan kongsi paling dinamik dan perkongsian strategik paling konotatif.

Sempena sidang tersebut, kedua-dua pihak akan merumuskan pencapaian dan pengalaman pembangunan hubungan sepanjang tiga dekad lalu, di samping menetapkan hala tuju hubungan China-ASEAN.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn