Bahasa Melayu

Brunei Mahu Tingkatakan Kerjasama dengan China dalam Perindustrian dan Pendidikan

CRI2021-11-12 15:41:55
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Sempena menyambut ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik China-Brunei, Brunei menanti-nantikan China meningkatkan pelaburan terhadap negaranya serta mengintensif kerjasama kedua-dua negara dalam bidang perindustrian dan pendidikan.

Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Kewangan dan Ekonomi Brunei, Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dalam Forum "Pembinaan Perkongsian Strategi China-Brunei" yang diadakan secara maya pada Rabu lalu.

Katanya, walaupun mengalami impak negatif pandemik COVID-19, tetapi kerjasama China-Brunei masih berjalan dengan lancar. Inilah bukti hubungan baik kedua-dua negara.

“Sebagai rakan dagang penting Brunei, China diharapkan meningkatkan kerjasama dan komunikasi dalam bidang industri hilir gas petroleum cecair, pelancongan, teknologi dan maklumat,”kata Dr. Haji Abdul Manaf.

Lebih 100 pakar dan perwakilan dari institusi pengajian, persatuan perdagangan dan syarikat China dan Brunei mengambil bahagian dalam forum itu.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn