Bahasa Melayu

Pesta Dagangan China-ASEAN Bantu Syarikat Akses kepada Pasaran Global

CRI2021-11-09 16:40:22
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Penganjuran Pesta Perdagangan China-ASEAN bukan sahaja memudahkan syarikat-syarikat mengakses kepada pasaran global dengan kos lebih rendah, tetapi juga memastikan perkhidmatan dagangan ke arah digitalisasi, pempelbagaian serta lebih mudah.

Demikian ujar Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China, Datuk Seri Tiong King Seng menerusi perutusan tahniah atas perasmian pesta edisi kedua itu secara maya pada Isnin.

Menurut beliau, tatkala pandemik COVID-19 mengheret ekonomi global menjadi meleset ketika ini, prestasi perdagangan antara ASEAN dengan China sebaliknya menyaksikan kenaikan kukuh.

Sejak 2020, selain menjadi rakan dagang terbesar China, ASEAN kekal sebagai destinasi utama pelabur asing serta sumber pelaburan langsung asing (FDI) di China.

Setakat Jun, jumlah keseluruhan pelaburan yang dicatat China dan ASEAN melebihi AS$310 bilion (RM1.28 trilion), manakala kolaborasi kedua-dua pihak semakin diperkasa, dengan membabitkan sektor seperti pengilangan, pertanian, infrastruktur, teknologi tinggi dan ekonomi digital.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn