Bahasa Melayu

ACCIM, Pempamer CIIE Empat Edisi

CRI2021-11-04 13:07:20
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) akan menjadi pempamer dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 untuk kali ke-4 secara berturut-turut sejak 2018.

Demikian dimaklumkan ACCIM, Dato Low Kian Chuan ketika diwawancara wartawan China Media Group (CMG) semalam.

Menurut beliau, CIIE anjuran China yang dianggap temasya penting bagi usahawan Cina di seluruh dunia, boleh memberi keyakinan dalam usaha memulihkan ekonomi global.

Dato Low Kian Chuan berkata, CIIE telah menjadi wahana penting dalam pengiktirafan jenama bagi peniaga Malaysia ekoran mekanisme pembenaran miliknya yang ketat dan saintifik.

Beliau menegaskan China telah menjadi negara rakan dagang terbesar bagi Malaysia untuk 12 tahun berturut-turut, dan kedua-dua pihak sering dapat menyaksikan pencapaian yang baharu dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Beliau berharap agar bidang sains teknologi canggih dan ekonomi digital boleh menjadi tumpuan dalam kerjasama pertukaran ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara pada masa depan supaya perkongsian dan sama memang dapat terwujud dari pelbagai aspek dan dimensi.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn