Bahasa Melayu

21 Lagi Projek Kerjasama China, Myanmar menerusi Tabung LMC

CRI2021-08-11 15:22:07
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

China dan Myanmar memeterai perjanjian melibatkan 21 projek menerusi tabung khas Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) pada Selasa.

Dengan itu, projek usaha sama kedua-dua negara yang dibiayai tabung khas tersebut kini bertambah kepada 73.

Ketika menyaksikan majlis pemeteraian secara maya, Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin menyifatkan jalinan perjanjian berkenaan sebagai petanda signifikan dalam kerjasama kedua-dua negara di bawah kerangka LMC, sekali gus mencerminkan kekukuhan persahabatan tradisional.

"21 projek tersebut meliputi sumber manusia, kebudayaan, pertanian, perlindungan alam sekitar, kewangan dan lain-lain, yang diyakini mampu memberi limpahan manfaat kepada rakyat Myanmar," ujarnya.

Duta China, Chen Hai dalam ucapannya pula menyatakan setakat ini sebanyak 540 projek dilancarkan melalui tabung khas LMC, yang menguntungkan rakyat negara-negara Lancang-Mekong.

Dalam pada itu, Myanmar merupakan penerima peruntukan dana yang paling banyak.

"Projek-projek berkenaan selaras dengan keperluan pembangunan Myanmar, dan juga sejajar dengan objektif LMC untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta pertumbuhan ekonomi," kata Chen.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn