Bekalan ke-17 Vaksin Sinovac Tiba di Manila
Bekalan vaksin COVID-19 Sinovac yang dibeli kerajaan Filipina dari China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, pagi tadi.
Difahamkan, hantaran kumpulan ke-17 membabitkan sejuta dos itu dikendalikan Cebu Pacific Air.
Setakat ini, negara Asia Tenggara itu menerima 19.5 juta dos vaksin Sinovac.
Manila merancang membeli 25 juta dos vaksin dari China pada tahun ini.