China Terus Salur Bantuan Vaksin COVID-19 kepada Laos
Sekumpulan lagi vaksin COVID-19 yang disumbangkan China selamat tiba di lapangan terbang Vientiane, Laos pada Isnin.
Dengan ini, China telah memberikan empat kumpulan bantuan vaksin COVID-19 yang berjumlah hampir 2 juta dos kepada Laos sejak Februari lalu.
Vaksin baharu itu akan disuntik untuk penduduk Vientiane bermula Selasa, dan diagihkan ke seluruh negara pada minggu ini.
Difahamkan, vaksin China sudah digunakan untuk golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan COVID-19 di Laos, termasuk petugas perubatan dan staf kastam.