Bahasa Melayu

AS Digesa Ambil Sikap Bertanggungjawab di Angkasa

CRI2021-12-29 11:39:00
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Amerika Syarikat (AS) digesa mengambil sikap bertanggungjawab bagi memelihara keselamatan angkasawan serta pengoperasian kemudahan di ruang angkasa lepas.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian semasa taklimat rutinnya pada Selasa.

Menurutnya, satelit yang dilancarkan syarikat SpaceX AS telah dua kali mendekati stesen angkasa lepas China pada bulan Julai dan Oktober lalu apabila angkasawan China sedang bertugas di sana.

Stesen angkasa China terpaksa mengambil langkah kecemasan bagi mengelakkan insiden perlanggaran.

Zhao berkata, AS mengamalkan dwistandard apabila menyebut-nyebut dirinya berkelakuan bertanggungjawab di angkasa namun mengabaikan kewajipan antarabangsa dalam hal tersebut, malah membawa ancaman serius kepada keselamatan nyawa angkasawan China.

Jurucakap itu turut mengulangi komitmen China untuk menggunakan ruang angkasa lepas secara damai demi kebaikan manusia.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn