Bahasa Melayu

Kemantapan Diutamakan dalam Dagangan China 2022

CRI2021-12-28 16:08:52
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Perbelanjaan pasaran domestik China terus pulih, sementara jumlah import dan eksport barangan serta penerimaan pelaburan asing menyaksikan peningkatan melebihi 20 peratus pada 11 bulan pertama tahun ini.

Demikian dimaklumkan Menteri Perdagangan, Wang Wentao dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG).

Menurutnya, aktiviti pelaburan di seberang laut, usaha sama dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta kerjasama ekonomi dan perdagangan bilateral dan multilateral juga mencapai prestasi yang menggalakkan, sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi China secara sihat dan stabil.

Kata beliau, berdepan situasi yang rumit pada tahun depan, sektor perdagangan perlu memberikan tumpuan kepada kemantapan dasar berkenaan dan bantuan secara bersasar kepada syarikat, selain memastikan kestabilan pasaran domestik dan rantaian bekalan.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn