Bahasa Melayu

Usaha Sama BRI ke Arah Lebih Mantap

CRI2021-12-28 12:21:46
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan terus melakar kemajuan baharu pada tahun 2022 menerusi pembangunan berpiawaian tinggi, berpaksikan rakyat dan konsisten.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian dalam sidang media pada Isnin, ketika mengulas pelan kerjasama BRI yang ditandatangani kerajaan China dan Cuba baru-baru ini.

Zhao menyatakan pelan itu selaras dengan strategi pembangunan Cuba, diyakini akan memperkukuh kerjasama saling untung serta ikatan persahabatan kedua-dua negara.

Katanya, sepanjang lapan tahun lalu, kerjasama BRI terus berputik dengan meliputi bidang yang lebih luas.

Untuk rekod, jumlah perdagangan barangan antara China dengan rakan kerjasama BRI meningkat sebanyak 23 peratus dalam 10 bulan pertama tahun ini.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn