Bahasa Melayu

China, Jepun Mahu Pergiat Kerjasama Lindung Alam Sekitar

CRI2021-12-27 15:47:41
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

China dan Jepun perlu memperdalam kerjasama pragmatik dalam bidang penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar, sekali gus menyumbang kepada pembangunan mampan global.

Konsensus itu dicapai dalam forum komprehensif China-Jepun mengenai penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar edisi ke-15 yang diadakan secara maya pada Ahad.

Ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), He Lifeng yang turut hadir berkata, China bersedia proaktif melaksanakan penyelarasan dasar dan kerjasama dengan Jepun dalam kerangka Perjanjian Paris ke arah membina sistem tadbir urus iklim sejagat yang adil, munasabah dan saling untung, di samping tegas menentang proteksionisme perdagangan atas nama perubahan iklim.

China juga mengalu-alukan penglibatan golongan ahli perniagaan Jepun untuk mempertingkat kerjasama inovasi teknologi hijau menerusi usaha sama membabitkan teknik, kejuruteraan serta pasaran.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar Jepun, Tsuyoshi Yamaguchi menyatakan, persidangan fasa kedua sesi ke-15 Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) yang dijadual berlangsung pada tahun depan akan menggariskan Kerangka Biodiversiti Global Pasca 2020. Jepun bersedia berkongsi pengalaman sendiri untuk menyumbang kepada pemuktamadan kerangka tersebut.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn