Bahasa Melayu

Shenzhou-13: Misi EVA Kedua Sukses!

CRI2021-12-27 13:14:03
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Angkasawan kapal Shenzhou-13, Zhai Zhigang dan Ye Guangfu berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali kedua tepat pada pukul 12.55 tengah malam tadi.

Menurut Jabatan Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSEO), EVA kali ini yang juga merupakan EVA keempat di stesen angkasa lepas China itu diselesaikan selama enam jam, sebelum kedua-dua angkawasan pulang ke modul teras Tianhe.

Jelas CMSEO, antara misi yang berjaya diselesaikan kedua-dua angkasawan itu adalah mengalih kamera panorama C, memasang dan menguji peralatan yang berkaitan.

Selain itu, mereka juga turut memeriksa fungsi modul sendat udara (airlock module), lengan mekanikal (mechanical arm) modul teras, serta menguji lanjut teknologi berkaitan EVA dan kemampuan penyelarasan antara angkawasan di dalam dan luar modul, serta komunikasi di angkasa lepas dan bumi.

Dalam perkembangan lain, ketiga-tiga angkasawan di Shenzhou-13 turut berada dalam suasana yang baik untuk menyambut ketibaan tahun baharu 2022 pada Sabtu.

Untuk rekod, ini juga merupakan julung-julung kalinya angkasawan China meraikan tahun baharu di angkasa lepas.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn