Bahasa Melayu

China Garis Keutamaan Pembangunan Luar Bandar 2022

CRI2021-12-27 11:27:43
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Kerja membabitkan pertanian, luar bandar dan kaum tani perlu terus dimantapkan dengan mengambil kira hala tuju besar negara.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada satu mesyuarat berhubung isu pertanian, luar bandar dan petani, di Beijing pada Ahad.

Difahamkan, mesyuarat selama dua hari itu mengupas cabaran getir yang dihadapi kerja berkaitan pertanian, serta menggariskan langkah konkrit yang bakal diambil tahun depan untuk memantapkan lagi pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar.

Tegas Xi, adalah perlunya memastikan bekalan makanan kepada rakyat kekal mencukupi dalam apa jua keadaan, serta keselamatan makanan sentiasa terjamin.

Beliau turut mengarahkan supaya kesejahteraan rakyat yang keluar daripada kepompong kemiskinan terus dipertingkat.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn