Rakyat Xinjiang Bantah Keras “Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur” AS
Kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang semalam mengeluarkan kenyataan untuk membantah penguatkuasaan apa yang disebut “Akta pencegahan buruh paksa Uygur” di Amerika Syarikat (AS).
Menurut kenyataan itu, AS mengadakan manipulasi politik dan pembulian ekonomi bertopengkan dengan hak asasi manusia dan menguatkuasakan apa yang disebut “Akta pencegahan buruh paksa Uygur” pada Khamis lalu .
Langkah AS tersebut bertujuan untuk merampas hak penduduk pelbagai etnik di Xinjiang untuk memperoleh kehidupan sejahtera melalui kerja, di samping menjejaskan pembangunan Xinjiang yang stabil bagi tujuan “ mengekang pembangunan China dengan menggunakan isu Xinjiang”. Kerajaan dan rakyat pelbagai etnik di Xinjiang meluahkan bantahan keras dan menentang dengan tegas langkah AS tersebut.
"Kehendakan pekerja dihormati dan pelbagai hak pekerja dilindungi di sisi undang-undang di Xinjiang. Tiada apa yang disebut isu 'buruh paksa' di wilayah itu.
"Xinjiang merupakan wilayah China. Urusan mengenai wilayah itu sama sekali urusan dalaman China. Sebarang kerajaan dan kuasa asing tidak berhak untuk mencampuri urusan tersebut.
"Penguatkuasaan Akta AS tersebut tidak dapat menjejaskan pembangunan dan kemajuan di Xinjiang, sebaliknya mendedahkan tipu muslihat AS yang hak asasi manusia palsu dan hegemoni yang benar," menurut kenyataan itu.