Bahasa Melayu

Kerjasama China-Rusia Tidak Terbatas

CRI2021-12-25 14:56:31
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin merupakan sahabat sejadi. Perkembangan kerjasama antara China dengan Rusia tidak wujud batasan, zon larangan atau had atas, kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sesi taklimat Jumaat lalu.

Putin dilaporan kerap kali menyebut tentang China dalam sidang media tahunan yang diadakan di Moskow Khamis lalu. Menurutnya, kerjasama rapat antara Rusia dengan China bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, tetapi juga unsur penting bagi kestabilan dunia.

Zhao Lijian berkata, pemimpin China dan Rusia mengadakan pertemuan lebih 30 kali sejak tahun 2013. Kedua-dua pihak mengekalkan hubungan yang sokong-menyokong dalam pembangunan dan kemakmuran negara antara satu sama lain serta memelihara keamanan dan kestabilan dunia.

"Pemimpin kedua-dua negara menggariskan hala tuju perkembangan hubungan bilateral dan berjaya membina hubungan kuasa besar yang paling kukuh daripada segi kesalingpercayaan, kerjasama dan nilai strategik, sekali gus menjadi contoh yang baik bagi hubungan antara kuasa besar dan negara jiran," kata Zhao.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn