Bahasa Melayu

Kumpulan Kedua Vaksin COVID-19 Sumbangan China Tiba di Nicaragua

CRI2021-12-25 13:44:44
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Kumpulan baharu vaksin COVID-19 yang disumbangkan kerajaan China tiba di Managua, ibu negara Nicaragua pagi Jumaat.

Penasihat Presiden Nicaragua, Laureano Ortega menyatakan penghargaan atas sumbangan China demi usaha melawan pandemik di Nicaragua.

Beliau menegaskan, pihaknya berpegang kepada dasar Satu China selepas pemulihan semula hubungan diplomatik kedua-dua negara. Kerjasama antara Nicaragua dan China yang mempunyai prospek amat cerah selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua pihak.

China dan Nicaragua memeterai pengumuman bersama, selain saling mengiktiraf dan memulihkan semula hubungan diplomatik peringkat duta besar pada 10 Disember.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn