Bahasa Melayu

Perdagangan Karbon China Berjalan Lancar pada Fasa Pertama

CRI2021-12-24 15:12:42
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China memaklumkan pada Khamis, perdagangan karbon domestik berjalan lancar pada fasa pertama pematuhan hak, dengan jumlah perdagangan merekodkanb sebanyak RMB5.8 bilion (RM 3.8 bilion).

China akan meningkatkan jumlah sektor yang terlibat dalam perdagangan karbon secara beransur-ansur bagi mencapai puncak karbon dan neutral karbon yang disasarkan pada masa depan.

Perdagangan karbon China beroperasi secara dalam talian sejak Julai tahun 2021 dan merupakan pasaran karbon yang berskop terbesar di dunia.

Menurut “Peraturan Tabir Urus Perdagangan Karbon” yang diumumkan pada Januari, perdagangan karbon domestik fasa pertama berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

“Kelancaran perdagangan karbon domestik pada fasa pertama memaparkan pada peringkat awal peranannya dalam mengawal dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta mencapai puncak karbon dan neutral karbon.” kata Liu Youbing, jurucakap Kementerian Elokogi dan Alam Sekitar China.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn