Bahasa Melayu

Xi Jinping:Buka Lembaran Baharu Amalan "Satu Negara, Dua Sistem" di Makau

CRI2021-12-23 14:13:15
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping berkata, kerajaan pusat akan berpegang kepada dasar "satu negara, dua sistem", menyokong usaha Wilayah Pentadbiran Khas(SAR) Makau menggalakkan pembangunan kepelbagaian ekonomi, sekali gus membuka lembaran baharu amalan "satu negara, dua sistem" di wilayah itu.

Demikian kata Presiden Xi ketika bertemu dengan Ketua Eksetukif Makau SAR, Ho Iat Seng dan mendengar laporan yang dibuat Ho mengenai keadaan semasa dan kerja kerajaan Makau di Beijing pada Rabu.

Xi menyatakan kerajaan pusat memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada kerja yang dijalankan Ketua Eksekutif dan kerajaan Makau dalam satu tahun lalu kerana berjaya mengekalkan pembangunan Makau yang stabil dan sihat, membendung pandemik COVID-19 secara berkesan serta mengekalkan lawatan normal dengan tanah besar.

"Ekonomi dipulihkan secara beransur-ansur, golongan kurang kemampuan serta perusahaan mikro dan kecil mendapat bantuan, sistem dan mekanisme penguatkuasaan undang-undang untuk menjaga keselamatan negara terus disempurnakan di Makau. Pemilihan Majlis Perundangan ketujuh Makau berjaya dijalankan yang merupakan langkah penting bagi melaksanakan prinsip 'Makau Ditabir Patriot'," kata Xi.

Xi turut menegaskan tanah air sentiasa merupakan penyokong teguh kepada kemakmuran dan kestabilan yang berkekalan di Makau.

Xi juga mengucapkan tahniah dan harapan baik kepada saudara setanah air Makau sempena ulang tahun ke-22 kepulangan Makau ke pengkuan tanah air.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn