Bahasa Melayu

Xi Jinping: "Satu Negara, Dua Sistem" Jaminan Kepada Kemakmuran dan Kestabilan HK

CRI2021-12-23 14:15:20
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping berkata, pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" bermanfaat bagi memelihara kepentingan asas negara, Wilayah Penbtadbiran Khas Hong Kong(HKSAR) dan saudara setanah air di wilayah itu.

Demikian kata Presiden Xi ketika bertemu dengan Ketua Eksekutif HK, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor dan mendengar laporan yang dibuat Lam mengenai keadaan semasa HK dan kerja kerajaan HKSAR di Beijing pada Rabu.

"Kelebihan dasar 'satu negara, dua sistem' pasti terserlah lebih lanjut seiring dengan praktik terus diamalkan dan sistem terus diperbaiki. Saudara setanah air HK dipercayai dapat mewarisi tradisi patriotisme dan berganding bahu dengan rakyat seluruh negara untuk mewujudkan kesejahtaraan dan kebangkitan nusa dan bangsa China," kata Xi.

Xi menambah, kerajaan pusat memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada kerja yang dijalankan Ketua Eksekutif dan kerajaan HKSAR dalam satu tahun lalu yang berjaya mewujudkan masyarakat semakin stabil, usaha membendung pandemik COVID-19 terbukti berkesan dan ekonomi semakin memulih di HK.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kejayaan pemilihan majlis perundangan ketujuh yang baru berakhir di wilayah itu.

"Sistem pemilihan Hong Kong(HK) baharu selaras dengan dasar 'satu negara, dua sistem' dan keadaan sebenar di wilayah itu, selain menyediakan asas kukuh kepada kemakmuran dan kestabilan berkekalan di HK," kata Xi.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn