Bahasa Melayu

AS Digesa Jangan Campuri Hal Ehwal Dalaman China

CRI2021-12-22 11:56:14
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Amerika Syarikat (AS) digesa mematuhi pengiktirafannya berhubung Tibet merupakan sebahagian daripada wilayah China, berpegang kepada janjinya tentang tidak menyokong kemerdekaan Tibet dan menghentikan campur tangan dalam hal ehwal dalaman China dengan dalih isu Tibet.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian di Beijing semalam sebagai respons terhadap AS melantik apa yang disebut "penyelaras khas untuk urusan Tibet".

Zhao menyifatkan tindakan AS tersebut sebagai campur tangan hal ehwal dalaman China. Menuruntya, urusan Tibat tidak boleh dicampuri kuasa luar. AS tidak layak mencampuri urusan dalaman negara lain dengan bertopengkan kemanusiaan, sebaliknya harus menyelesaikan masalah perkauman dan hak asasi manusia yang amat serius di negaranya sendiri.

"Tibet melakar hasil cemerlang dalam mewujudkan keharmonian sosial, kemakmuran ekonomi dan pembangunan dalam bidang keagamaan dan kebudayaan sepanjang 70 tahun lalu. Penduduk Tibet menikmati kehidupan yang bahagia. China akan terus mengambil semua langkah yang perlu untuk memelihara kepentingan, keselamatan dan pembangunan negara sendiri, "katanya.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn