Bahasa Melayu

Xi: China Komited Hulur Bantuan kepada Filipina

CRI2021-12-21 20:08:42
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutus kawat simpati kepada rakan sejawatnya dari Filipina, Rodrigo Duterte kerana negara itu dilanda bencana taufan.

Presiden Xi mewakili kerajaan dan rakyat China serta beliau sendiri menzahirkan rasa duka cita kepada mangsa bencana taufan yang melanda negara itu serta menyampaikan rasa simpati kepada waris mangsa.

“China komited menghulur bantuan sedapat mungkin kepada Filipina. Penduduk di kawasan bencana Filipina dipercayai dapat menangani bencana dan membangunkan semula kampung halaman,” kata Xi.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn