Bahasa Melayu

Solstis Musim Sejuk Disambut secara Tradisi

CRI2021-12-21 16:07:39
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Hari ini ialah Solstis Musim Sejuk, iaitu penggal ke-22 dalam kalendar "24 musim".

Biasanya, Solstis Musim Sejuk akan jatuh pada 21 hingga 23 Disember setiap tahun.

Pada hari itu, matahari akan berada paling dekat dengan Garisan Sartan dan waktu siangnya menjadi paling singkat dalam sepanjang tahun.

Menurut sejarah, rakyat China pada 2,500 tahun dahulu telah mengaplikasikan kaedah seperti astronomi dan meteorologi untuk menetapkan kalendar tradisional ini.

Ia kemudiannya dijadikan panduan penting kepada usaha pertanian sejak zaman tersebut.

Di bahagian utara China, Solstis Musim Sejuk juga menandakan datangnya masa 27 hari dengan cuaca yang paling sejuk.

Hidangan ladu merupakan tradisi yang diamalkan rakyat China sempena Solstis Musim Sejuk.

Terdapat juga kisah yang dicatatkan pada hampir 2,000 tahun lalu iaitu Zhang Zhongjing, doktor purba terkenal China memasak ladu dan memberikannya kepada orang ramai untuk mengubati luka jari dingin akibat cuaca terlampau sejuk.

Manakala, di bahagian selatan China pula, tangyuan antara masakan wajib ketika menyambut Solstis Musim Sejuk.

Berbentuk bulat, hidangan tersebut merupakan simbol kepada pembawaan tuah termasuk “bersatu dan sempurna”.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn