Bahasa Melayu

Laporan Indeks Pembangunan Belia Antarabangsa 2021

CRI2021-12-21 14:16:16
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

China mengeluarkan "Laporan Indeks Pembangunan Belia Antarabangsa 2021" baru-baru ini yang memaparkan status, ciri, trend dan masalah pembangunan belia yang wujud di pelbagai negara.

Laporan tersebut menyaksikan peningkatan ketara tahap pembangunan belia di pelbagai negara pada beberapa tahun kebelakangan ini yang turut terbukti setanding dengan tahap pembangunan ekonomi dan sosial di negara terlibat pada asasnya.

Laporan ini dibuat dengan mempertimbangkan pembangunan golongan belia di 85 buah negara dari pelbagai aspek yang melibatkan pendidikan, kesihatan, perkahwinan, pekerjaan dan keusahawanan, integrasi sosial dan penyertaan aktiviti sosial, serta perlindungan hak dan kepentingan.

Menurut laporan itu, daripada segi geografi, terdapat 4 buah negara Asia, 5 buah negara Eropah, dan sebuah negara Oceania berada dalam senarai 10 teratas; manakala daripada segi pembangunan, terdapat 8 buah negara maju dan 2 buah negara membangun menduduki tangga 10 teratas.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn