Bahasa Melayu

40 Orang Terpilih Ahli Baharu Majlis Perundangan HK

CRI2021-12-20 15:04:34
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Pejabat Hal Ehwal Pilihan Raya Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong(HKSAR) mengumumkan pada Ahad, 40 orang terpilih sebagai ahli baharu Majlis Perundangan sektor Jawatankuasa Pilihan Raya HK.

Menurut keputusan pilihan raya Majlis Perundangan ketujuh HKSAR yang berakhir pada pukul 11:00 malam Ahad, 40 ahli baharu tersebut melibatkan pegawai yang berkhidmat sebagai ahli Majlis Perundangan dan berjaya melanjutkan penggal perkhidmatan, dan juga individu yang tidak pernah melibatkan diri dalam sektor politik. Mereka merupakan golongan elit dari bidang perdagangan, politik, pendidikan, perubatan, perundangan, perakaunan dan lain-lain.

Ahli baharu Majlis Perundangan Jawatankuasa Pilihan Raya yang mempunyai latar belakang yang berbeza ini memperlihatkan prinsip “Hong Kong Ditadbir Patriot” yang inklusif dengan bertujuan untuk merealisasikan kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan rakyat berkekalan di Hong Kong.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn