Bahasa Melayu

Kesamarataan dan Kesalingpercayaan Anggota SCO, Teladan Hubungan Antarabangsa Baharu

CRI2021-12-20 15:07:18
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Ahli Dewan Negara, merangkap Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Vladimir Imamovich Norov yang mengakhiri penggal perkhidmatan dan bakal kembali ke Uzbekistan di Beijing pada Jumaat lalu.

Wang Yi menyatakan penghargaan atas sumbangan Norov kepada pembangunan SCO dan usaha untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara SCO dengan China sepanjamg tempoh perkhidmatannya, selain berharap Norov akan terus memainkan peranan positif dalam kerjaya SCO dan hubungan persahabatan China-Uzbekistan.

Norov pula menyanjung tinggi sumbangan besar China kepada pembangunan SCO sebagai negara pengasas dan inisiatif penting yang dikemukakan Presiden China Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak Dushanbe, selain menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan dan bantuan China terhadap pelaksanaan tugasnya.

“Di bawah panduan "Semangat Shanghai", pelbagai negara anggota SCO berpegang kepada prinsip sama rata dan kepercayaan antara sama satu lain, mewujudkan suasana perpaduan dan keharmonian, dan menjadi teladan kepada hubungan antarabangsa baharu,” kata Norov.

Beliau menambah, SCO menyaksikan pengaruh yang semakin meningkat dan telah menjadi pertubuhan kerjasama serantau terbesar di dunia.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn