Bahasa Melayu

Pemilihan Majlis Legislatif ke-7 Hong Kong Diadakan

CRI2021-12-19 14:07:35
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Pemilihan Majlis Legislatif ke-7 Hong Kong telah bermula pada pukul 8.30 pagi tadi. Ini merupakan pemilihan majlis legislatif pertama diadakan di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong selepas sistem pemilihan terbabit disempurnakan.

Menurut dokumen berkenaan yang dipinda Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China dan peraturan berkenaan di Hong Kong, Majlis Legislatif penggal baharu yang terdiri daripada 90 ahli, melibatkan 40 orang yang dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan, 30 orang dipilih oleh kumpulan tertentu dan 20 orang dipilih secara langsung di pelbagai daerah.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor selepas mengundi pada pukul 9.00 pagi tadi menyatakan kepada wartawan bahawa pemilihan ini signifikan dan berharap para penduduk keluar mengundi, yang dilihat sebagai keyakinan terhadap masa depan Hong Kong dan telapak keamanan Hong Kong yang kukuh dan berkekalan.

Menurut jadual yang diumumkan kerajaan Hong Kong, kempen pengundian tersebut akan tamat pada pukul 10.30 malam. Seramai 4.47 juta pengundi yang terdaftar boleh mengundi di 630 buah pos umum, dan pos khas yang tidak melebihi 24 buah.

Tempoh perkhidmatan Majlis Legislatif ke-7 Hong Kong sepanjang empat tahun akan bermula pada 1 Januari tahun 2022.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn