Bahasa Melayu

Xi Tekankan Pembinaan Pasaran Domestik Yang Bersatu

CRI2021-12-18 15:47:26
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Mesyuarat ke-23 Jawatankuasa Intensifkan Pembaharuan Komprehensif Pusat telah dipengerusikan Presiden China Xi Jinping petang semalam.

Dalam mesyuarat tersebut, Xi menegaskan bahawa hendaklah meningkatkan usaha dalam pembinaan pasaran domestik yang bersatu yang berkecekapan tinggi, persaingannya adil dan terbuka. Sementara itu, kerajaan perlu meningkatkan kepantasan dalam memainkan peranan sebagai pengawal dan pemantau, dengan tujuannya menjadikan perlindungan hak dan kepentingan yang sah milik sektor korporat terjamin dan memastikan keselamatan harta benda dan nyawa rakyat pun terjamin.

Selain itu, Xi menunjukkan peri pentingnya pembinaan universiti dan disiplin yang bertaraf dunia. Tata susila sains dan teknologi merupakan prinsip dan nilai yang wajib dipatuhi dan diamalkan dalam sebarang kegiatan sains dan teknologi. Oleh itu, mekanisme pengendalian yang merangkumi pelbagai pihak dan dikawal bersama-sama pelbagai pihak perlu terus dipergiatkan lagi dalam bidang tersebut.

Pada waktu yang sama, Xi menekankan bahawa hendaklah mendorong pengendalian dan perkembangan tabung pencen individu yang selaras dengan keadaan negara, yang disokong dasar kerajaan, menekankan prinsip sukarela dalam penglibatan individu dan beroperasi mengikut hukum pasaran.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn