Bahasa Melayu

Forum Peradaban Asia Diadakan secara Maya

CRI2021-12-18 15:11:05
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Forum Peradaban Asia yang Harmoni dan Kerjasama (HCACF) anjuran Persatuan Konfusius Antarabangsa (ICA) telah diadakan secara maya semalam. Para tetamu dari sejumlah negara dan kawasan termasuk China, Jepun, Thailand dan Sri Lanka telah bertukar-tukar pendapat dengan berkisar pada tema forum "saling merujuk dalam peradaban Asia, dan menggalakkan pembangunan bersama".

Forum tersebut diserikan dengan kehadiran Ketua ICA, Liu Yandong, bekas Perdana Menteri Jepun, Fukuda Yasuo, Puteri Thailand, Maha Chakri Sirindhorn, dan mantan Timbalan Speaker Kongres Sri Lanka.

Para hadirin bersepakat menjunjung tinggi kerjasama dan mendorong pembangunan berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) demi prospek pembangunan Asia yang cerah, membekalkan pelan Asia dalam kempen global menangkis wabak, menyuntik kedinamikan Asia dalam pembangunan kesalinghubungan global, menyampaikan keyakinan Asia sepanjang proses pemulihan ekonomi sejagat, sehingga menyumbang lebih besar kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn