Bahasa Melayu

Lebih 200 Dokument Kerjasama BRI Ditandatangani

CRI2021-12-17 14:33:10
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Setakat ini, China sudah menandatangani lebih 200 buah dokumen kerjasama dengan 145 buah negara dan 32 buah pertubuhan antarabangsa berhubung pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Baru-baru ini, China dan Kesatuan Afrika telah mengadakan mesyuarat kali pertama tentang mekanisme penyelarasan kerjasama melibatkan pembinaan BRI, dan turut mencapai satu memorandum persefahaman yang terbubuh tandatangan perwakilan dari Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Republik Rakyat China dan Jawatankuasa Kesatuan Afrika.

Selain itu, pada 11 bulan pertama tahun ini, jumlah larian kereta api kargo China-Eropah meningkat 23% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat 13,817, manakala jumlah kontena TEU yang selesai diangkut meningkat 30%, dengan mencecah 1.332 juta.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn