Bahasa Melayu

14 Ribu Siswa-Siswi Jadi Sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

CRI2021-12-17 11:26:49
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Seramai 14 ribu siswa-siswi dari 66 buah universiti di bandar Beijing yang terdaftar bakal menyediakan perkhidmatan sukarelawan di kawasan pertandingan Beijing, daerah Yanqing dan bandar Zhangjiakou sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Latihan berkenaan sedang dijalankan.

Sejumlah siswa-siswi dari Universiti Peking telah diatur melawat gimnasium Kubus Ais untuk menghayati acara curling di samping menyertai latihan berkaitan perkhidmatan sukarelawan.

Universiti Pertanian China pula menawarkan ceramah dan kursus kepada sejumlah siswa-siswinya yang bakal bertugas sebagai sukarelawan, misalnya latihan tentang kemahiran menangani keadaan kecemasan jantung dan paru-paru (CPR--cardiopulmonary resuscitation) yang dianjurkan oleh pensyarah dari Palang Merah Bandar Beijing.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn