Bahasa Melayu

Pelepasan Air Kumbahan Nuklear Bukan Sekadar Isu Melibatkan Jepun

CRI2021-12-16 12:32:35
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam menegaskan bahawa pelepasan air kumbahan nuklear ke laut bukan isu yang hanya melibatkan Jepun dan ditentukan oleh Jepun. Negara matahari terbit itu perlu mempertimbangkan keprihatinan masyarakat antarabangsa khususnya mendengar suara dari negara jiran, mengambil sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar laut dan kesihatan manusia, dan membatalkan keputusan salahnya tentang melepaskan air kumbahan nuklear ke laut.

Satu laporan pengajian yang diumumkan oleh penyelidik dari Agensi Penerokaan dan Pengajian Laut Jepun, Yuichiro Kumamoto baru-baru ini mendedahkan bahawa bahan radioaktif, iaitu 134Cs pernah dikesan di Lautan Artik pada kira-kira 8 tahun selepas berlakunya insiden kebocoran nuklear Fukushima pada 2011.

Pada waktu yang sama, Cs-137 yang berasal dari loji kuasa nuklear Fukushima juga pernah dikesan di Lautan Artik menurut kajian Universiti Tsukuba, Jepun.

Zhao berkata, hasil pengajian sarjana pihak Jepun tmembuktikan bahawa bahan radioaktif daripada kebocoran nuklear Fukushima sudah tersebar ke Lautan Pasifik dan Artik dan kemungkinan besar akan menular ke perairan sejagat.

Jika air kumbahan nuklear sebanyak 1.2 juta tan lebih dilepaskan ke Lautan Pasifik, masakan Jepun boleh menanggung semua akibat buruknya?

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn