Bahasa Melayu

Tindakan AS Menghasut Konfrontasi di Asia Tidak Laku

CRI2021-12-15 12:59:38
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Tindakan Amerika Syarikat (AB) yang menghasut perpecahan, percanggahan bahkan konfrontasi tidak mendapat sambutan di persada dunia dan lebih-lebih lagi tidak laku di rantau Asia-Pasifik. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media semalam.

Ketika menyentuh soalan wartawan tentang Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dalam tempoh lawatannya ke Asia pernah mengkritik tindakan keras China di Asia, dan menyatakan kerajaan AS enggan melihat konflik apa pun tercetus di Asia, manakala AS akan bertindak untuk memastikan saingan antara negaranya dengan China tidak mengakibatkan konflik yang serius, Wang menyatakan bahawa AS sambil menggembar-gemburkan apa yang disebut “ancaman China”, sambil menyatakan pihaknya tidak berniat berkonflik dengan China. Perlakuan yang karut-marut ini tidak selaras dengan arahan pemimpin kedua-dua negara yang dikeluarkan semasa pertemuan dan juga sukar diterima oleh negara-negara di rantau terbabit.

Jika memang seperti yang dikatakannya hendak memainkan peranan konstruktif dalam pembangunan damai di Asia-Pasifik, AS tidak patut bertindak membentuk kumpulan kecil untuk menghasut konfrontasi kelompok berdasarkan garis perbezaan ideologi, melainkan menghormati rangka kerjasama serantau yang berteraskan ASEAN; tidak patut selalu menghantar kapal perang dan jet pejuang ke Laut China Selatan (LCS) untuk menunjuk-nunjuk otot dan mencipta masalah, melainkan menghormati sumbangan China dan negara ASEAN untuk bersama-sama memelihara kedamaian dan keamanan di LCS; dan tidak patut bertindak sebagai pengumpat untuk menjejaskan hubungan antara negara, perpaduan dan kerjasama serantau, melainkan bertindak sebagai pemaju dialog dan kerjasama serantau.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn