Bahasa Melayu

80 Institusi Media Arus Perdana Bincang Perkasa Kerjasama

CRI2021-12-14 15:33:46
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

"Forum Kemuncak Komuniti Media Jalur dan Laluan 2021" memfokuskan kepada perpaduan, kerjasama dan kesepakatan kalangan media, inovasi dalam bidang kandungan dan teknologi serta kerjasama industri bagi mendorong pembentukan paradigma baharu interaksi tamadun.

Forum yang bertemakan "Inovasi Bersama, Integrasi Ikhlas, Saling Mempelajari melalui Pertukaran Kebudayaan" ini dianjurkan Kumpulan Media China (CMG) di Beijing China pada Isnin.

Menurut para peserta, sejak penubuhan Komuniti Media Jalur dan Laluan, kerjasama pragmatik telah dijalankan dalam bidang rakaman dan penyiaran bersama, mewujudkan saluran dan slot bersama, integrasi media, penterjemahan program filem dan televisyen, perniagaan hak cipta program dan latihan pertukaran kakitangan.

Tatkala tercetusnya pandemik COVID-19, anggota komuniti dilihat saling membantu dan menyiarkan laporan yang berwibawa dan sebenar tentang usaha membendung wabak. Program yang dibuat bersama menyuntik tenaga positif kepada usaha melawan wabak di seluruh dunia.

Untuk rekod, forum secara hibrid tersebut diserikan dengan kehadiran Presiden CMG, Shen Haixiong yang mengumumkan senarai pemenang program cemerlang "Reben Emas" 2021.

Forum itu dilaporkan menarik penyertaan lebih 150 perwakilan dari 80 institusi media arus perdana dari lebih 40 negara dan wilayah termasuk Malaysia, Singapura, Kemboja, Amerika Syarikat dan Jepun.

Sekarang, Komuniti Media Jalur dan Laluan berjaya berkembang meliputi 139 anggota dan rakan dari lebih 60 negara dan wilayah seiring dengan pengaruh yang semakin meningkat.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn