Hari Peringatan Mangsa Pembunuhan Nanjing
Bendera kebangsaan China diturunkan separuh tiang menjelang upacara peringatan kebangsaan bagi mangsa Pembunuhan Beramai-ramai oleh Tentera Penceroboh Jepun di Nanjing, pada pukul 8.00 pagi tadi.
Seterusnya, majlis pemujaan rasmi bagi memperingati mangsa dalam "pembubuhan beramai-ramai dalam perang menentang pencerobohan tentera Jepun di Nanjing" diadakan pada pukul 10.00 di ibu kota provinsi Jiangsu itu. Acara peringatan juga diadakan secara serentak di pelbagai kawasan di Nanjing, semua Dewan Peringatan Bertemakan Perang Anti-Pencerobohan Tentera Jepun di seluruh negara serta sejumlah persatuan orang Cina di seberang laut.
13 Disember diwartakan sebagai Hari Peringatan Negara untuk Mangsa Pembunuhan Nanjing bermula 2014.
Pada 13 Disember tahun 1937, tentera penceroboh Jepun menyerbu masuk bandar Nanjing dan melakukan pembunuhan yang kejam secara besar-besaran selama lebih 40 hari, sehingga 300,000 orang China diragut nyawa. Sejarah kehinaan ini dan dosa penceroboh terukir dalam hati segala rakyat China.