Bahasa Melayu

Peralat Demokrasi, Belakangi Arus Sezaman

CRI2021-12-11 16:21:46
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

"Sidang kemuncak demokrasi" dirancang Amerika Syarikat (AS) merupakan amalan memperalat dan mempersenjatai demokrasi dengan tujuan menghasut perpecahan dan konfrontasi, menurut Kementerian Luar China (MFA).

Seorang jurucakap MFA dalam taklimat media pagi tadi berkata, tindakan AS itu berniat mengalih percanggahan di dalam negeri dan mengekalkan hegemoninya, serta merosakkan sistem antarabangsa berpaksikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan order berasaskan undang-undang antarabangsa.

Kelakuan seumpama yang membelakangi arus sezaman, turut mengundang bantahan dan kritikan pedas daripada masyarakat antarabangsa.

Jurucakap itu menegaskan bahawa jalan pembangunan demokrasi sesebuah negara harus dipilih rakyat sendiri, bukannya dipaksakan oleh kuasa luar. Sama ada sesebuah negara adalah demokratik atau tidak juga harus dinilai rakyatnya.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn