Bahasa Melayu

Kuliah Pertama Stesen Angkasa Lepas China Berjaya

CRI2021-12-10 13:58:49
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

"Kuliah Pertama Tiangong" telah diadakan pada pukul 3.40 petang Khamis, lapor Jabatan Kejuruteraan Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China.

Dimaklumkan, kuliah pertama di stesen angkasa lepas China itu dijalankan oleh angkasawan Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu kepada golongan belia.

Pada kuliah selama 60 minit itu, tiga orang angkasawan China berkesempatan untuk memperincikan tugas dan kehidupan di angkasa, mempamerkan uji kaji sitologi dalam persekitaran graviti mikro, gerakan manusia, tegangan permukaan cecair, serta menjelaskan prinsip saintifik uji kaji.

Kuliah terbabit disiarkan langsung dengan sejumlah 1,420 wakil pelajar di Beijing, Nanning, Wenchuan, Hong Kong dan Macao terlibat.

"Kuliah Tiangong" akan giat menyebar luas pengetahuan dan kebudayaan penerbangan bermanusia ke angkasa lepas di samping mengadakan pendidikan dengan isi kandungan yang banyak dan pelbagai bentuk.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn