Bahasa Melayu

Wang Yi: Promosi Semangat Demokrasi Sebenar Demi Masa Depan Cerah Manusia

CRI2021-12-10 13:23:38
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Demokrasi merupakan nilai lazim manusia, dan bukan eksklusif untuk sesebuah negara, tetapi adalah hak setiap manusia.

Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi menyampaikan ucapan yang bertajuk “promosi semangat demokrasi sebenar, wujudkan masa depan cerah manusia” menerusi video semasa Forum Demokrasi Bali ke-14, pada Khamis.

Jelas beliau lagi, kayu pengukur demokrasi di sesebuah negara pula dilihat sama ada rakyat benar-benar diutamakan atau sebaliknya.

Menurut Wang, Parti Komunis China (PKC) sudah mendapatkan acuan baharu demokrasi yang selaras dengan keadaan semasa China, iaitu demokrasi rakyat sepanjang proses yang dikemukakan Presiden Xi Jinping.

"Kami (China) sangat yakin terhadap demokrasi sendiri, di samping menghormati demokrasi negara lain.

"China bersedia berinteraksi secara adil dan mempelajari pencapaian pembangunan tamadun manusia sementara menyediakan rujukan yang berguna kepada negara lain," tambah beliau.

Pada masa sama, Wang menegaskan bahawa semangat demokrasi perlu dipergiat antara pertukaran negara di samping mendorong demokrasi hubungan antarabangsa.

Sehubungan itu katanya, kedaulatan negara perlu dihormati, manakala tata tertib asas hubungan antarabangsa pula perlu dipertahankan.

Selain itu, Wang berkata bahawa rundingan asal perlu diteruskan sambil mempromosikan konsep demokrasi yang bercirikan rantau Asia.

Pada waktu yang sama, kesatupaduan dan kerjasama perlu dikekalkan untuk menghadapi cabaran global.

Bertemakan "demokrasi berkhidmat untuk manusia: mendorong keadilan sosio-ekonomi dalam situasi wabak COVID-19", forum tersebut turut dihadiri oleh Menteri Luar Indonesia, Retno Lestari Priansari Marsudi.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn