Bahasa Melayu

Sebar Fitnah Xinjiang Sekadar Manipulasi Politik

CRI2021-12-10 11:04:33
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa wujudnya buruh paksa dan genosid di Xinjiang tidak lain hanyalah fitnah.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin sebagai respons terhadap kelulusan Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur oleh Dewan Perwakilan AS yang kononnya bertujuan menyekat import produk dihasilkan buruh paksa terutama dari China.

Wang dalam sidang media pada Khamis memberi amaran bahawa Beijing akan bertindak balas jika Washington berdegil melakukan yang menjejaskan kepentingan China.

Beliau berkata, Beijing sentiasa konsisten dengan pendiriannya dalam isu Xinjiang. Namun, AS sengaja menyebarkan kenyataan berbaur fitnah berkaitan wilayah itu.

Modus operandi dimainkannya sekadar manipulasi politik dan amalan membuli dalam ekonomi atas nama hak asasi manusia.

Jelas sekali, niat negara itu adalah untuk menjejaskan kemakmuran, kestabilan dan perpaduan kaum di Xinjiang, serta mengekang pembangunan China.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn